Sunday, June 15, 2014

Goodbye Summer



Pesanan penaja: 
This story is inspired by Goodbye Summer - f(x) feat. D.O Exo. I was bored and got nothing to do. Assignment pun takdak lg. So aku pun apa lg, mencurahkan segala idea dgn sepenuh hati. Ecehhhhh. Story ni aku siapkan dlm masa satu hari. Whoaaaa pecah rekod aku wehhhhhh! Ahaha. Hmm sorry bnyk2 kalau story ni mcm cikai je. Biasalah. Express. Takde kaitan antara hidup dan mati.Do enjoy (:


“HELLA FELLA.”

Kepala diangkat daripada buku teks World’s History yang setebal 2 inci itu kepada tuan punya suara yang menyapa tadi. Gadis dihadapannya menarik sengih. Sebelah keningnya terangkat.

“What you’re doing?” Sengih masih bergayut dibibir Elly.

“I’m reading a book, obviously.” Dia meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan Elly yang dah mula tarik muka.

“Tak perlulah nak bersarkastik macam tu.” Tangan Elly pantas menarik buku teks tersebut. Kay angkat muka sekali lagi. Wajahnya masih tidak beriak seperti tadi.

“Oh since when kau reti guna perkataan sarkastik tu?”

“I learnt it from you, duh.”

“Whatever.” Kay menjuihkan bibir. Dia mula menghulurkan tangan untuk menarik kembali buku yang telah diambil oleh Elly namun Elly cepat-cepat menepis tangannya.

“Elly.” Kay bersuara keras. Dia paling pantang bila ada orang ganggu dia membaca, walaupun orang tu kawan baik dia sendiri. Elly buat-buat tak endah.

“Exam is over, bro. Dah tak perlu dah baca semua ni.”

“Exam dah tamat tak bermaksud aku tak boleh baca buku, right?”

“It’s true but hey, let’s have some fun. Semua orang tengah sibuk buat preparation untuk Summer Festival.  Kau pulak, still duduk tercongok kat kerusi menghadap buku teks ni.”

“Got problem with that?” Kay cuba untuk mengawal air mukanya. Rasa nak tergelak pun ada bila tengok reaksi Elly yang bersungguh apabila bercakap. Comel.

“Jerk.” Elly tarik muka sekali lagi. Ketawa Kay pecah juga akhirnya. Seriously, I can never resist her cuteness. Buku teks yang berada di tangannya diletakkan kembali di atas meja dihadapan Kay. Elly memeluk tubuhnya.

“So…” Ayatnya terhenti apabila Kay mula merenungnya. Elly telan liur. Dia membalas pandangan Kay. Just ask him…

“You’re joining the festival or not?”

“Dunno yet.”

Elly mengerutkan dahinya. “Join lah.”

“I got nothing to lose kalau tak join that festival, kan?” Kay buat muka toya.

“Yes there is.”

“Apakah?”

“This is the last year we’re going to celebrate Summer Festival at this school. After that, we’re going to graduate. Bila dah graduate sure punyalah dah tak dapat sambut sekali. Kau tercampak kat sana, aku tercampak kat sini.”

“Mana-mana tempat pun boleh sambut laa, dey.”

Elly tarik nafas dalam-dalam. Hey mamat ni. Kang sebelum kau tercampak kat mana-mana ceruk dunia ni, aku campak kau dulu ke luar tingkap ni.

“Memanglah. Tapi tak sama.”

“Apa yang tak sama?” Kay mengerutkan dahinya.

Okay, aku dah fed up. “Forget it.” Tak sampai jugak main point aku. Elly bangun dari duduknya. Sometimes, this guy can be such an annoying-heartless-jerk. Saja je buat-buat blur.

Kay mula senyum. Merajuk la tu. Macam la aku tak tau. “Elly-san”, panggilnya. Elly pantas berpaling ke belakang. Masam kelat aje mukanya. Kay dah rasa macam nak gelak guling-guling. “Wanna grab some bubble tea after school?”

Elly memandangnya, lama. “Your treat.”


MATANYA jatuh pada helaian daun yang jatuh ke atas ribanya. Dia mendongak ke atas, mengintai langit yang terbentang luas dari celah-celah daun yang menutupi kepalanya. Buku di tangan ditutup setelah ditanda. Dia meletakkan Stolen ke atas lantai rumput yang menghijau. Summer in Japan is definitely great. Sedar tak sedar, dah lama rupanya dia bermastautin di Negara Matahari Terbit ni. Since he was eight. One whole family datang pindah sini bila ayah dapat offer job untuk bekerja dengan salah sebuah company mega dekat Jepun ni. And now he’s eighteen. 10 years has passed.

How time flies.

Dia ada balik jugak ke Malaysia sekali sekala. But not that frequent. Adalah setahun sekali. Tu pun time raya je. Kalau ayah tak dapat cuti, opah dan tok wan yang datang sini. Sambut aidilfitri dekat Jepun. Habis segala lemang, ketupat rendang opah bawak. Yang instant, yang masak dekat sini. Ahaha. Sambut raya dekat mana-mana pun takpe. As long as you have your family with you. Then that’s enough.

Tiba-tiba ingatannya singgah pada Elly. Gadis Melayu yang tak berapa nak ayu yang juga asal dari Malaysia. But she’s more like a third culture kid. Sejak kecil lagi hidup berpindah randah. Nasiblah jadi anak kepada orang kanan Malaysia punya embassy. Setakat ni, dah nak dekat 4 buah negara kot yang pernah dia diami.

Kay senyum sendiri. Teringat pulak masa diorang first jumpa dulu. Nur Eliana Hanani Bt Johari. Nama tersebut mula meniti dibibir.

“Excuse me.” Bahunya dicuit oleh seseorang. Kay berpaling ke belakang. Pandangannya jatuh kepada seorang gadis kecil yang berada dihadapannya. Sebelah kening terangkat. What the?

“Are you a Japanese?” Tanya gadis itu. Terbuntang luas mata Kay. Tangannya secara automatik menyentuh wajahnya. Apahal minah ni tanya aku macam tu. Muka aku kemain lagi melayu habis boleh dia tanya aku Japanese ke. Dia yang macam ala-ala Chinese-Japanese-Korean adalah. Kay mengerutkan dahinya. Kepala digeleng.

“Can you speak English? Sheesh, what kind of question is that. Of course he can. This is an international school. Everyone speaks in English. Dumb me.”

Dahi Kay berkerut sekali lagi. Kali ni bukan kedut seribu dah. Dah berpuluh-puluh ribu mungkin. Minah ni betul ke tidak? Macam tak betul je aku tengok. Teragak-agak dia hendak membuka mulut.

“You’re asking me or you’re asking yourself?”

“I’m sorry. This is my first day here in school. I came here alone. My parents can’t accompany me cuz they got some business to take care of. I can’t find the school’s office. Do you know where it is?” Laju kemain lagi minah ni cakap. Kay menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pandang sekelilingnya. Aik mana semua orang pergi? Kosong je hallway ni. Sibuk mencekik ke apa. Tau laa recess sekarang. Dia kembali menala pandangan ke arah itu. Hmm boleh la aku jadi knight in shining armour untuk minah ni. Bila lagi kan? Hoho.

“Follow me.” Katanya. Gadis tersebut mula mengikut rentak langkahnya menuju ke Administration Hall. Dia pandang gadis itu yang berjalan disebelahnya dengan ekor mata. Agak-agak minah ni asal dari mana eh?

“Where do you come from?” Rendah mendatar je suaranya. Kay memalingkan wajahnya tanpa riak. Nampak macam Asian. Hmm, China? Korea? Mongolia? Hehe.

“Malaysia.”

Terhenti langkahnya apabila mendengar sepatah perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Terbuntang luas matanya memandang gadis tersebut. Rahangnya jatuh.

“Kau orang Malaysia?”

Gadis itu turut sama terkejut mendengar kata-katanya. Kemudian, dia mula gelak besar.

“Malaysian?” Senyum dibibir makin mekar. Kay menganggukkan kepalanya. “Thank god!” Si gadis sudah mula melompat keriangan. Kay berkira-kira dalam hati. Gua dah jumpa geng sama negara weh. Should I jump of joy too or what.

“Oh my, I’m sooooo happy right now! I thought I was the only Malaysian here. Thank God I found you!” Mata Si Gadis mula bersinar terang bagai ada bunga api dimainkan di pesta musim panas. Senyum dibibirnya masih tidak lekang. Kay terpempan dengan tiba-tiba. That smile..

“What’s your name?” Si gadis memandangnya. Sekali lagi,  dia terpempan.

“Kh.. Khairul Azmi. Just call me Kay. Kau?” See, tergagap-gagap aku dibuatnya.

“Nur Eliana Hanani. Elly for short.” Senyum lagi.

Kay mengangguk. Nama itu diulang beberapa kali di dalam kepala agar ia terus lekat tak hilang-hilang. Elly…

Kay menggeleng perlahan. Bibir mula mengukir senyuman. Itu cerita 6 tahun lepas. Good ol’memory. Bagai telah ditakdirkan, Elly satu kelas dengannya. Dan bagai telah ditakdirkan jugak, Elly tinggal dalam satu area je dengan dia. Dia dan Elly mula jadi rapat. Ke mana sahaja mesti bersama. Pergi-balik sekolah sama-sama. Lepak sama-sama. Study sama-sama.

Semua benda Elly cerita dekat dia. Bermula dari kisah kanak-kanak riang sampailah kisah hidupnya yang sering berpindah-randah. Semua benda pasal Elly dia tahu. Elly pernah cakap, dia rasa fortunate gila dapat jumpa dia. Dia tak pernah ada bestfriend. Faktor hidup secara nomad membuatkan dia tak sempat nak betul-betul rapat dengan someone. Sekadar jadi kawan biasa je lah. And meeting him was a bless for her. Katanya.

For him, it was a bless too. She’s some kind a gift. Dia tak banyak bercerita. Dia lebih kepada mendengar. Tapi dia tahu, kalau dia tak bukak mulut nak cerita itu ini pun, Elly kenal siapa dirinya. Elly mungkin jenis yang banyak bunyi, sekali dah buka mulut memang payah nak berhenti bercakap dan dia pulak jenis yang prefer mendiamkan diri, berkepit dengan buku je but for him—mungkin sebab-sebab itu kot yang membuatkan diorang rapat. They fit for each other. Melengkapi antara satu sama lain.

But some said that a guy and a girl can never be bestfriends.

Kay telan liur.

Yes it’s true. Dia mengiakan dalam hati. Belakangnya dibawa bersandar pada batang pokok sakura yang tak berbunga itu. Sila dibetulkan. Tipu kalau dia cakap, dia tak pernah rasa apa-apa sepanjang berkawan dengan Elly. She might be all pot-pet-pot-pet and clumsy at times, but that attitude of her warms his heart.

Dia pernah cuba untuk suarakan apa yang dia rasa, tapi… Entahlah. Dia rasa macam tak perlu kot. Sebab dia tahu, Elly just anggap dia sekadar seorang kawan baik sehidup semati. Tak lebih dari itu. And confessing what he feels to her might harm their friendship. Hmm.

Dia tak nak kehilangan persahabatan ni. Tak nak.

Keluhan dilepaskan. Kay dongak ke atas, bagai mencari sesuatu yang dia sendiri tak pasti.

Perasaan itu.. Keep it to yourself. Just be her bestbuds and stay by her side no matter what. That’s more than enough, Kay.


LANGKAH kaki pantas bergerak menuruni anak tangga. Dia berhenti seketika di hadapan ruang makan. Wajah ma dan pa ditatapnya. Senyum.

“Morning!” Sapa Elly. Dia kemudian cepat-cepat bergerak ke arah pintu. Tangan sudah bersedia untuk memulas tombol.

“Have your breakfast first, dear.” Laung ma dari ruang makan.

“It’s okay, ma. I’m late already. Elly gerak dulu ye. Bye!” Laungnya kembali. Dia melangkah keluar. Pintu dikatup rapat. Matanya mula meliar memandang sekelilingnya dan berhenti apabila terjumpa apa yang dicari. Elly bergerak perlahan menuju ke arah Kay yang sedang menunggunya di balik pagar rumah. Bibir menyimpulkan senyum.

“Ohio!” Jeritnya ditepi telinga Kay. Berpaling maut mamat tu. Kay tarik muka.

“Stop doing that, sheesh!”

Elly menjelirkan lidah. “Sue me.”

Kay menjulingkan mata. Minah ni, aku keluarkan aura Incredible Hulk pun dia boleh buat selamba rock je. Memang betullah tak makan saman. Ketawa Elly pecah. Aduh mamat ni. Tolonglah jangan buat muka macam tu. Aku rasa macam nak penyek-penyek je. Comel.

“Dah lama tunggu?” Dia senyum.

“Lagi mau tanya ka?” Kay memeluk tubuh. Elly menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ehehe, apa aku nak jawab ni.

“Should I apologise?”

Eh minah ni. Eiiiiii. Sabar Kay, sabar. Tarik nafas, hembus.

“Okay, okay. I’m sorry. Alah, lewat sikit je. 15 minit je pun.” Elly dah buat muka comel. Kay memandangnya. Alahai minah ni, saja je bikin aku cair. Hmm apology accepted.

“Whatever. Jom.” Kay dah mula melangkah ke hadapan. Elly sengih. Hihi dah sejuk hati la tu. Dia cepat-cepat mengikut langkah Kay. Dia pandang Kay yang berada disebelahnya. Raut wajah Kay masih macam tadi. Tak beriak.

“Hmm, Kayyyyyy…”

“What is it?” Ni bila dah seru nama aku sampai 6 harakat mesti ada benda yang dia nak. Kay pandang Elly tiga saat.

“After school. Temankan aku pergi mall.”

“For what?”

“I want to buy a new yukata.”

“Do you really have to buy a new one every year? You only wear it once a year, duh. Pakai je lah yang last year punya. Tak baik membazir.” 

Elly mencebikkan bibirnya. Babble, huh. Dah masuk gear mak nenek dahhhhhh. Dia mula mengunci mulut. Malas nak menjawab.  Kay pandang Elly dengan ekor mata. Aik senyap? Adeh. You really know how to make me feel guilty, Eliana Hanani. “Okay, fine.” Sudahnya, dia jugak yang mengalah. Elly tarik sengih. Yes!

“Yeayyyyy!”

Sengih sampai ke telinga minah ni. Kay menggeleng perlahan. Dia kemudian mengukir senyuman. Elly oh Elly….


WHICH one looks nice on me?” Elly menunjukkan dua pasang yukata kepada Kay. Kedua-duanya telah dicuba sebentar tadi dan kedua-duanya menarik perhatiannya.

Kay pandang dua yukata tersebut bersilih ganti. Both looks nice on you. Haih buang tebiat aku kalau cakap macam tu. Mau terkejut minah ni. Hmmmmm. Yang mana eh? Aku sendiri pun naik pening. Macam aku pulak yang nak pakai. Haha.

“You think?” Kay menyandarkan tubuh pada dinding sambil memeluk tubuh.

Elly buat muka toya. “If I could make a decision, I won’t ask you to choose for me. Duh.”

Betul jugak apa yang dia cakap. Apa punya respon daaa. Kay berdehem beberapa kali. Errrrr. “This one.” Jari telunjuknya dihalakan ke arah yukata yang berwarna hitam dan bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah dan pink. Elly mengangkat yukata tersebut meminta kepastian. Kay menganggukkan kepalanya.

“Kau takde lagi yukata warna tu, kan?”

“Nope.”

“Take it.”

“Okay.” Dia menghulurkan yukata tersebut kepada Kay. Sebelah kening Kay terangkat.

“Pay for me.” Dia senyum. Dia dah tahu apa yang akan dijawab oleh Kay. Saja nak annoy mamat ni. Mata Kay dah macam nak terkeluar laser. Rasa macam nak gelak guling-guling on the spot je.

“Aku tunggu kau dekat luar. Kbye.”


TANGAN mula mencapai kalendar yang terletak cantik di atas meja belajarnya. Lagi tiga hari sebelum Summer Festival. Keluhan dilepaskan. Kalendar diletakkan kembali pada tempat asalnya. Dia merebahkan tubuh ke atas tilam katilnya yang empuk. Mata memandang kosong pada siling putih.

Dia tak nak ajak aku pergi festival tu ke? I mean as his date for this year. Tahun-tahun sebelum ni memang celebrate sekali tapi sebagai kawan je. Elly mula mengiring ke sebelah kanannya. Pandangannya jatuh pada bingkai gambar dia atas side-table. Dia dan Kay. Sekali lagi, dia melepaskan keluhan.

I think he likes me. But when I think again, macam tak je. Am I the only one who’s been having this cheesy feelings? Aku je ke? Ahhhhhhh!

First Love – Utada Hikaru kedengaran dari corong radio. Dia menjulingkan matanya. Great. Kena dengan timing. Kena dengan situasi. Kena dengan jiwa. Handphone disebelahnya dicapai. Dia mula berkira-kira dalam hati. Or should I ask him first? Hmmmmm. Memanglah kau tinggal dekat Jepun sekarang weh tapi tak perlulah nak ikut budaya ‘girl-should-confess-first’ macam gadis-gadis Jepun selalu buat tu. Don’t to that. You’re a Malaysian, girl. Malay to add on it. Jangan jadi macam perigi cari timba. Ecehhhhh, tiba-tiba pulak aku reti peribahasa Melayu. Nice one. Dia meletakkan kembali handphonenya. Matanya dipejam rapat. Just go to sleep, Elly. Sleep.


DIA memandang sepi Inferno yang terbuka luas dihadapannya. Kepala dah tak boleh nak concentrate jalan cerita novel ni. Ayat-ayat yang tersusun rapi dalam setiap perenggan ni sekadar dibaca, tak dihadam betul-betul. Novel tersebut ditutup. Kedua belah tangannya diangkat untuk meraup wajahnya.

Ada dua benda yang sedang berputar ligat dalam kepalanya. And both of them are something that he can’t accept whole-heartedly. Rasa macam nak lari jauh-jauh sambil jerit kuat-kuat. Sungguh, dia tak dapat terima dua benda tu.

One day till Summer Festival.

Kotak memori dah mula memainkan senario yang dilihatnya tengah hari tadi, semasa recess. Dia mengetap bibir. Damn. Keluhan berat dilepaskan. Pandangannya jatuh pada Elly yang sedang rancak berbual dengan Si Tania minah Australian di hadapan kelas. Dia telan liur.

Should I tell her? Yes, I should.

Mata dikatup rapat. Hati, mohon tabah.


OKAY, dah sampai. See you tomorrow.” Elly senyum kepadanya. Sebelah kaki Elly sudah melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya.

“Wait.” Kay cepat-cepat bersuara. Elly memandangnya. Dia kembali berjalan menghampiri Kay. Apakah? Kenapa tiba-tiba wajah mamat ni pucat lesi semacam. Is there something wrong?

“Why?”

Jantungnya rasa macam nak pecah. Macam mana aku nak bagitau Elly ni. Peluh dingin mula bermanik di dahinya. Just say it, man. You’re not a coward. Rasa macam berpasir je tekak aku ni.  “I’ve something to tell you.”

Elly tergamam. I’ve something to tell you. Sepotong ayat itu diulang beberapa kali dalam kepalanya. Dia cuba untuk hadam betul-betul. Is he going to ask me  to be his date for tomorrow? OMG. OMG. OMG! Dengan tak semena-mena, dia mengukirkan senyuman. Bunga-bunga riang mula mekar dalam taman hati. Yeayyyyy!

“I’m going back to Malaysia.”

Bruhhhhh! Bunga-bunga tadi terasa macam kena simbah dengan minyak tanah kemudian dibakar. Senyuman yang bergayut dibibirnya tadi mula lenyap. Dia terdiam. What the hell is he talking about? He’s joking right? Okay, interpret elok-elok, Elly. “What?” Suara macam nak tak nak keluar je. Dia memandang Kay yang diam membisu seribu bahasa dihadapannya. Please, no. Kelopak mata dah mula rasa panas ni. Bila-bila masa boleh burst.

Aku rasa macam nak kambus hidup-hidup je diri ni. Matanya terpaku pada wajah Elly. No, don’t cry. No. Why do I have to say that. Tapi, lagi kejam kalau aku sembunyikan hal ni dari dia. Truth bites and lies hurt.

Should I repeat it again? “I’m going back to Malaysia.” Wajah Elly diamatinya.

Nak je dia tutup telinga rapat-rapat, lari masuk dalam rumah dan kuncikan diri dalam bilik. Tahan Elly, tahan. Nafas dihembus perlahan. “When?” No, don’t answer it. I don’t wanna hear any single words.

“Tomorrow.” Laju je lidahnya bergerak, menutur sepatah perkataan itu. Dah, berhenti bercakap Kay. Baik kau senyap. Elly dihadapannya mula mematungkan diri. Senyap tak terkutik. Tapi, sepasang mata bundar itu masih tajam memandangnya.

Setelah sekian lama menyepikan diri, dia mula bersuara. Dingin. “It’s not funny, Kay.”

“Serious. No jokes.”

Elly ketap bibir. “Goodbye.” Dia mula melangkah masuk ke dalam tanpa menghiraukan Kay yang masih berdiri tegak diluar. Air mata mula beranak sungai dipipinya. Dia mempercepatkan langkah menuju ke kamarnya.

Dia meraup wajahnya. Keluhan dilepaskan. Gedegang! Telinganya menangkap bunyi pintu bilik yang dihempas kuat. Sungguh, rasa bersalah mula menebal dalam diri. What have I done…

Elly, I’m sorry. So sorry.


AIR MATA masih tidak berhenti mengalir dari tadi. Dibiarkan aje laju menuruni pipinya tanpa diseka. Text message yang diterimanya tadi dibaca sekali lagi. Bibir diketap rapat.

‘Elly, I’m sorry. Aku takde niat pun nak sakitkan hati kau. But this is the truth. No joke. No lie. I really am going back to Malaysia.’

Then, just go! You don’t have to bother to tell me.

‘It hurts me as well to tell you bout this. Tapi, aku lagi tak sanggup untuk tipu kau, tinggalkan kau senyap-senyap. Cuz I know, that will cut you way more deeper than this.’

Hey, it’s okay. My heart has this hurt-resistence warranty. Don’t mind about me!

‘Ayah tiba-tiba dapat notis petang semalam untuk transfer balik kerja di Malaysia. Aku pun terkejut gila bila dapat tahu. Then he said that we all will be going back to Malaysia tomorrow. Aku pun tak faham kenapa drastik sangat semua ni. Everything happens so fast.’

Dia memandang sepi skrin handphonenya. Are you really going to leave me, Kay? Do you?

‘I’m going to miss you, girl.’

Sendu makin kuat kedengaran. Please, don’t say that.

‘Take care. Eat well. Sleep well. Next year bila kau dah berjaya masuk mana-mana universiti, pilih kawan yang baik-baik. Dah takde aku nak membebel itu ini. Dah takde aku nak jadi tutor kau. Study hard, study smart. May your dreams of being a well-known architect come true. Do know that, I care for you a lot. Hmm we can still contact each other, right? The world is at the tip of our finger lohhh. Ahaha. Hmm, jangan lupa aku bila aku dah takde kat sini lagi. Okay?’

Tak perlulah kau nak buat ayat wasiat macam ni. I can never forget you, Kay. Never.

‘Till we meet again, Eliana Hanani. Sayonara~’

Handphone diletakkan ke tepi. Lutut dibawa rapat ke dada lalu dipeluknya. Entah kenapa, rasa kosong dengan tiba-tiba. As if half of me has gone away. Kau jahat, Kay. Siapa nak teman aku pergi festival tu esok?!

Tiba-tiba, pertanyaan Ryu Mizuki; budak kelas sebelah merangkap club-matenya itu terngiang-ngiang di telinga. Pertemuan semasa recess tadi kembali bermain dalam kepala.

“Elly-san.” Ryu mula membuka bicara. Sebelah keningnya terangkat.

“Yes?”

“Watashi wa anata ni kataomoi shite ita.” Terang dan lancar aje Ryu menuturkan ayat tersebut. Terbuntang luas matanya. Heh?

“Argh, what am I doing. Errrr.” Ryu meraup wajahnya. Matanya masih tidak lepas memandang Ryu. Pipinya mula terasa hangat. Ahhhhh, this is the first time a guy confessed to me. Can’t. Breathe. OMG.

“I know, I’ve shocked you to death. But, really. I liked you since the first time we met. During the club meeting. You still remember right?”

Ringan aje kepalanya mengangguk. Betul ke apa yang aku dengar? Aku tak salah hadam, kan? Ryu tersenyum.

“So, will you be my date for tomorrow’s festival?” Ryu buat muka mengharap.

Dia mengetap bibir. “I’ll think about it.”

Lain yang aku harapkan, lain pulak yang jadi. Huh. But it’s better to have a company than being alone, right?

Tangannya mencapai kembali handphone. Jemari cepat-cepat mendail nombor telefon Ryu. Air mata yang masih berbaki dibirai matanya diseka. Dia berdehem beberapa kali, membetulkan kembali suaranya. Dia menanti talian disambungkan dengan penuh sabar.

“Hello. Ryu?”


MATA melirik pada jam yang berada di pergelangan tangannya. Okay, aku terawal 10 minit. Dia pandang keadaan sekeliling. Padang besar Yokohama International School mula sesak dengan para pelajar yang datang untuk menyambut Summer Festival. Bermacam jenis gerai jualan telah didirikan. Summer Festival sentiasa meriah. Boleh dikatakan setiap tahun dia akan join festival ni tapi tak pernah sekalipun dia rasa bosan. Dia suka. Tambah-tambah lagi ada firework show. Lagilah dia excited. Tapi, tahun-tahun sebelum ni ada Kay sebagai peneman. Tahun ni…

Huh.

Kolam mata mula rasa macam nak bergenang kembali. Cepat-cepat dia tarik nafas dalam-dalam. Stop Elly. Cukup-cukuplah membengkakkan mata sendiri. It’s okay. Ada Ryu malam.

Dia dongak ke atas, memandang langit yang berwarna hitam pekat. Dimanakah kau sang bulan? Menyorok di balik awan kah? Dimanakah kau sang bintang? Tiba-tiba menghilang. Keluhan lembut dilepaskan. Tiba-tiba, matanya menangkap pesawat yang sedang terbang melintasinya. Menuju ke mana, dia tidak tahu. Dia terus teringatkan Kay. Mesej yang dihantar oleh Kay tidak dibalasnya. Dia tak tanya pun pukul berapa Kay akan bertolak pulang ke Malaysia. Dia tak tanya apa-apa pun. Dia tak tanya sebab dia takut nak dengar sebarang jawapan daripada Kay. Dia masih tak dapat menerima semua ni. Dia pandang lagi langit di atas.

Is that you on that plane?


What do I say, we didn’t have to play no games
I should’ve took the chances, I should’ve asked for you to stay
And it gets me down the unsaid words that still remain
The story ended without even starting


Dia menundukkan wajahnya. Kaki mula menguis tanah.

There’s still so much to say. To much to be spilled. Huh, nevermind. It’s too late to regret, Elly. Way too late.

Nafas dihembus perlahan.

Have a safe journey, man. Goodluck with your new life. Take care. I love you, Khairul Azmi.

Sang angin, mohon sampaikan kata-kata ini kepadanya. I have no strength to tell him by myself. I just can’t.

Sedang dia enak melayan perasaan, tiba-tiba bahunya dicuit. Dengan pantas dia berpaling ke belakang. Wajah Ryu yang sedang tersenyum memenuhi pandangan. Dia juga sedaya upaya untuk memaniskan raut wajahnya.

“I’m not late, right?” tanya Si Ryu. Elly menggeleng perlahan.

“Let’s go there. The firework show is about to start.” Jari telunjuk Ryu menunjuk ke arah tengah-tengah padang. Ramai yang sudah berpusu-pusu ke sana. Dia senyum.

“Okay. Let’s go.”


DIA hanya mampu memerhati dari balik pokok. Sungguh, dia tak berani untuk mendekati Elly.  Dia tak punya kekuatan itu. Matanya masih tidak lepas memandang gadis beryukata hitam itu. Senyum. You look nice with that yukata, girl.

Dia akan bertolak ke Malaysia tepat jam 11.30 malam ini. Dia minta dengan ayah dan ibu untuk datang ke sini sebelum bertolak ke airport, untuk berjumpa dengan Elly. To bid his last farewell. Tapi malangnya, dia hanya mampu bid dari jauh je. Rasa macam nak hantuk je kepala dekat batang pokok besar ni. You’re such a coward, dude. Big time.

Gadis itu dilihatnya sedang memandang jam tangannya. Dia tahu Elly menanti siapa. Dia tahu siapa yang akan menemani Elly malam ni. Dia tahu siapa yang akan menjadi pengganti dirinya. Dia tahu. He heard everything.

I don’t want this to happen either, Elly. Susah untuk aku tinggalkan kau. But I know, he can take a good care of you. And I know, he really likes you.

Setelah beberapa minit menunggu, Ryu mula memunculkan diri. Dilihatnya lelaki itu bercakap dengan Elly. Sumpah, hati mula dirundung cemburu. Keluhan berat dilepaskan. Matanya masih tepat memandang Elly dan Ryu.


Baby oh no oh oh
I’m sorry that this is the monologue
Oh, actually, I love you, yeah
If only our long-time hidden secrets were revealed
I would hold you in my arms


Matanya terus mengekori Elly dan Ryu sehinggalah mereka hilang dibalik ramainya orang. It’s time for you to go too, Kay. Langkah mula dihayun. Dia berhenti seketika. Dia berpaling ke belakang. Segala kenangannya bersama Elly seolah bermain semula di layar pandangannya. It all came back.

Let it go, Kay. Let her go.

Dia kembali menapak ke hadapan. Air mata yang dari tadi ditahan dibiarkan jatuh menuruni pipinya. Tempat ini menemukan kita. Dan tempat ini juga menjadi saksi perpisahan kita. Goodbye, my dear. Take care.


The friend label is a label that I got to hate
The feelings I’ve hid still remain as a painful secret memory
The photos that can’t define our relationship is a heartbreaking story
I’m sorry, summer, now goodbye, yeah


Dipaksanya juga untuk melupakan semuanya. Dipaksanya juga untuk buang segala memori yang pernah dilalui. Dipaksanya juga untuk abaikan segala rasa.  That’s for the best.

Dia terus melangkah tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.



~ FIN ~

Monday, April 7, 2014

Dear D.O

MATA dipejam rapat. Tiba-tiba pulak rasa macam pusing semacam. Aku melurutkan cermin mataku. Jari jemariku pantas memicit ubun-ubun kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencucuk-cucuk dalam kepala aku ni. Tak boleh jadi ni.  Dengan perlahan, aku membuka mataku. Pandanganku jatuh pada helaian muka surat yang berada dihadapanku. Berpinar mata aku melihat ayat-ayat yang tersusun rapi dalam setiap perenggan. Tiba-tiba pulak mata jadi kuyu.

Faa, kau sambung baca malam esok lah ye. Kalau kau teruskan jugak sekarang, confirm kau dah tak boleh hadam apa yang kau baca. Jangan paksa diri. Off to bed.

Aku menutup buku rujukan yang bertajuk Analytical Pharmaceutical Chemistry setebal 3 inci itu. Keluhan dilepaskan. Pop-quiz lagi tiga hari. Sempat ke tidak aku nak habiskan satu bab ni? Nak habiskan satu muka surat pun kemain lagi payah. Adeh. Ikhlaskan hati, Faa. Two more semesters to go.

Aku melirik jam loceng yang terletak cantik di atas meja belajarku. Lagi 15 minit nak masuk pukul 1 pagi. Pandangan aku halakan ke arah katil single disebelah kananku. Ke mana pulak menghilangnya tuan empunya katil ni? Tak perasan pulak bila minah ni keluar.

Tiba-tiba, pintu bilikku dibuka dari luar. Wajah Vie terjegul di muka pintu. Vie; roommate aku, melangkah masuk ke dalam lalu merebahkan badannya ke atas katil. Panjang umur dia. Mataku tak lepas memandangnya. Mak aih, minah ni. Siap dengan towel berbelit lagi kat atas kepala tu. Baru siap mandi ke?

“Asal kau pandang aku macam tu?” Vie mengerutkan dahinya.

Aku senyum tiga saat. “Nothing. Kau pergi mana, hah? Dengan towel kat atas kepala lagi. Aku rasa pukul 10 tadi lagi kau pergi mandi.”

Vie gelak. Dia bangun dari baringnya lalu membetulkan sila di atas katil. “Aku siap mandi dari tadi lagi. On the way nak balik bilik, terserempak pulak dengan Hanan. Ingat nak bersembang kejap je. Tiba-tiba pulak dia bukak hikayat apa entah tadi. Kitaorang pun beralih dari tangga masuk ke dalam bilik dia. Gila punya syok berbual, tak sedar pun dah tengah malam. Aku cadang nak tidur dalam bilik dia je. Teringat pulak yang kau ni tak boleh tidur kalau tak berteman. Aku pun, balik sini.”

“Kemain lagi panjang explanation kau ye. Kau memang, pantang orang ajak bergosip, laju je kau setuju”, kataku. Vie menayangkan sengihnya. Aku merebahkan badan di atas katil. Best nya rasa bila boleh letakkan kepala kat atas bantal ni. Rasa macam berada di awangan. Kantung mataku semakin memberat. Lagi 10 minit, confirm lelap.

“Yang kau tiba-tiba senyum sorang-sorang ni asal? Macam pelik je.”

Aku pandang Vie. Minah kat depan aku ni dah buat muka pelik dah. Pertanyaan Vie itu aku biarkan tidak berjawab. Mataku kembali memandang skrin iPhone-ku. Bibirku kembali menguntumkan senyuman.

Helloooooo. Earth to Faten Syakira. Anybody home?” Vie melemparkan bantal peluknya ke arahku. Dushhhh! Tepat-tepat kena muka aku.

“Kenapa dengan kau ni?!” Bantal peluk itu kembali kepada tuannya.

“Takdelah. Aku tanya. Boleh kau buat derk je. Kecik hati aku tauuuu. Tsk tsk.” Vie menjuihkan bibirnya. Aku tergelak kecil.

“Ahahahaha. Sibuk je nak tau. Tidurlah weh.”

“Kau tengok apa tu? Nak tengok jugakkkkkk.”

Aku senyum. “Ni, tengah menatap gambar Cik Abang aku ni.”

Sebelah kening Vie terangkat. “Cik Abang? Sejak bila kau ada pakwe ni? Oh, diam-diam ubi berisi kau. Sampai hati tak share dengan aku. Takpe takpe. Argh, sentap seminit!”

“Ahahahahaha. Kau ni macam budak-budaklah. Mana ada pakwe. Aku tengah tengok gambar D.O lah.”

Jatuh rahang Vie apabila aku berkata begitu. “D.O? Kau tengah tengok gambar D.O? Kau simpan gambar D.O dalam phone kau?” Vie buat muka macam tak percaya gitu. Dengan pantas aku menganggukkan kepalaku. Vie gelak besar. Kali ni, aku pulak yang buat muka pelik. Kenapa pulak tiba-tiba gelak ni? Kena sampuk ke? Meremang bulu roma aku. Eiii, seram.

“Lawaklah kau ni, Faa. Gambar D.O pun kau simpan. Selera kau tengok gambar dia.” Aku mengerutkan dahiku tatkala mendengar kata-kata Vie. Amboi, mulut minah ni. Aku cili kang baru tau!

“Eh, sedap je mulut kau cakap macam tu kan. Kau belum nampak lagi ke-handsome-man dia tu. Sekali kau tengok, terus jatuh hati woooooo. Nah, tengok.” Aku menghulurkan iPhone-ku kepada Vie. Vie pantas menggeleng. Sengih mengejek masih bergayut dibibirnya.

No, thanks. Dah naik muak aku tengok muka dia. Dah dah, aku nak tidur. Teruskanlah menatap wajah Cik Abang kau tu. Mimpi yang indah. Genait.” Vie menarik gebar sampai menutup kepalanya. Aku bangun lalu menutup suis lampu. Tubuh kembali direbahkan ke atas katil.

“Hmm. Genait.” Aku sekali lagi melihat wallpaper iPhone milikku. Senyum. Mata dipejam rapat. Kyungsoo-oppa, goodnite~


LANGKAH kakiku laju menuruni anak tangga. Kelas pun dah tamat. Perut dah mula berbunyi minta diisi. So, apa lagi. Jom ke kafe!

“Faaa! Faten Syakira!”

Aku berhenti melangkah lalu memusingkan badan ke belakang. Rasa macam ada orang panggil aku tadi. Mataku meliar melihat kawasan disekelilingku. Takdak. Tiba-tiba, bahuku dicuit dari belakang. Aku kembali menghadap kehadapan. Terkejut aku apabila melihat insan yang memanggil aku tadi. Daniel Ikmal berdiri dihadapan aku sambil menayangkan sengihnya. Sebelah keningku terangkat.

“Hai.” Sapanya.

“Err. Hai.” Aku memandang Daniel dari atas sampai bawah. Mamat ni budak dentistry. Sepupu Si Vie. Kenapa dengan Si Dan ni? Tak pernah-pernah dia tegur aku sebelum ni. Ada hal pentingkah?

“Ada apa panggil aku?” Straight to the point.

“Aku ada dengar satu berita ni. Agak mengejutkan buat aku. Ingat nak diamkan aje. Tapi teringin jugak nak dengar dari mulut kau sendiri.”

“Berita apa ni? Kau nak tanya apa sebenarnya ni?” Aku paling tak suka orang yang bercakap menyimpang sana menyimpang sini. Just cut the crap. Cakap je terus terang.

“Hmm, you’re having a crush on me, kan?”

Mataku terbuntang luas. Okayyyyy. Daniel yang dah masuk air atau aku yang tersalah hadam apa yang dia cakap? Senyum yang tadi bergayut dibibir Daniel dah bertukar menjadi sengih nakal.

Whoaaaaa, Dan. Kejap kejap. Mana kau dengar berita yang amat tak betul ni?” Aku dah rasa tak sedap duduk ni. Manusia mana lah pulak yang rajin-rajin menabur fitnah ni? Dah takde kerja lain ke.

Admit it. Okay, aku tau, mesti kau malu kan? Iyelah, aku kan hot, diminati ramai. Aku bukan jenis yang reject orang awal-awal tau. Let’s have a date tomorrow. Lunch or dinner? You choose. Bila kita spend time bersama, bolehlah kita kenal hati budi masing-masing. Apa orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Haaaaa.” Banyaklah kau punya date! Aku rasa macam nak cekik-cekik je mamat kat depan aku ni.

Kau pernah makan kasut saiz 8 tak, Dan? Nak je aku cakap macam tu.

I think this is some kind of mistake. Kau silap orang. Excuse me. Kbye.” Aku mula mengatur langkah meninggalkan Daniel. Tak kuasa aku nak melayan mamat bajet hot macam dia. Layan perut aku lagi syok lahhhhhhhh!

“Tapi, Vie cakap...”

Terhenti langkahku tatkala Daniel menyebut nama Vie. Aku kembali melangkah ke arah Daniel dan berhenti betul-betul dihadapannya. Sebelah keningku terangkat. “Vie cakap apa?” Apalah pulak yang  minah tu cakap dekat Daniel. Aku rasa macam aku tak pernah mention pun nama mamat ni dekat Vie.

“Vie cakap kau ada simpan gambar aku”, kata Daniel tanpa rasa segan silu. Kepala aku dah mula berpusing ni. Sejak bila pulak aku simpan gambar kau?!

Okay, Dan. Read my lips. Aku tak pernah simpan gambar kau dan aku tak pernah pun ada crush dekat kau. Never. Ada paham?” Mataku tajam memandang Daniel yang kelihatan terpinga-pinga dihadapanku.

“Takkan Vie tipu aku kot. Betul, dia cakap dekat aku yang kau ada simpan gambar D.O. Tiap-tiap malam sebelum kau tidur, kau mesti tatap gambar D.O tu.”

Terdiam aku apabila mendengar kata-kata Daniel. Apa yang Vie cakap tu betul. Tapi, kenapa pulak mamat ni nak kecoh-kecoh pulak. “Betul. Aku simpan gambar D.O”

Haaaaa, means betullah kau simpan gambar aku!” Awan mendung pada wajah Daniel mula menghilang lalu digantikan dengan sinar pelangi. Serius, aku tak paham apa yang Daniel cakap sekarang.

“Tak payahlah kau buat muka tak faham bagai. Hey, aku kan D.O. So, betullah kau ada crush dekat aku.” Semakin lebar sengih dibibirnya. Hilang terus selera makan aku apabila ayat-ayat tersebut memasuki corong telingaku.

“Dari mana datang pulaknya D.O tu?!” Angin puting beliung dah mula menguasai diri.

Fullname aku Mohd Daniel Ikmal Bin Othman. D stands for Daniel. O stands for Othman. Jadilah D.O. That’s my nickname”. Jelas Daniel. Terkebil-kebil mata aku memandangnya. What. A. Coincidence. Patutlah kemain lagi terkejut Si Vie tu bila aku cakap aku tengok gambar D.O. Dia ingatkan D.O yang aku sebut tu cousin dia! Weh, aku tak pernah tau pun nickname mamat ni D.O!!!

Okay, tenang Faa. Tenang. Cool. “Ahahahaha. Aku minta maaf banyak-banyak, Dan. That D.O is certainly not you.” Aku pantas mengambil iPhone di dalam beg sandangku lalu aku suakan kepada Daniel. Aku menunjukkan wallpaper phone ku kepadanya. Wajah Daniel mula merona merah. Dia mula mengetap bibir.

That’s my D.O. Now, if you’ll excuse me. I wanna grab some lunch. Dari tadi lagi perut aku duk menyanyi. Kesian dekat dia. Kbye. Assalamualaikum.” Aku melemparkan satu senyuman nipis kepada Daniel sebelum melangkah pergi.

“How about tomorrow? Do you wanna go or not?” Adeh. Tak habis-habis lagi mamat ni. Badan kembali menghadap Daniel dari jauh.

Sorry. Not interested.”

But, we can be friends, right”

Aku memandang Daniel yang mula buat muka kesian dari jauh.

I’ll think about that.”


MANA minah tu, mana? Kalau aku jumpa dia nanti, siaplah. Aku memulas tombol lalu membuka pintu bilikku. Saat aku nak melangkah masuk, mataku menangkap jasad Vie yang sedang enak berguling di atas katil. Aku cepat-cepat masuk lalu menampar belakangnya.

“Oh, dekat sini kau rupa-rupanya. Amboi amboi amboi. Kemain lagi sedap berguling atas katil ye. Eh, aku nak tanya kau. Apa yang kau dah cakap dengan Daniel, hah?!” Boom! Gunung berapi dah meletus. Vie yang terkejut melihat aku bingkas bangun lalu duduk bersila. Vie sengih je, buat-buat tak bersalah. Macam biasa.

Miscommunication. Sorry.” Vie sengih sambil menggaru kepalanya.

Sorry morry. Huh.” Aku melempar beg sandangku ke atas katil. Punggung dilabuhkan menghadap Vie. “Buat malu je.”

“Sorry lah, Faa. Aku ingatkan D.O yang kau maksudkan tu Dan. Iyelah, aku kan panggil dia D.O. Member-member dia pun panggil dia macam tu.”

“Aku tak tau pun yang nickname dia D.O!”

“Yang tu, masalah kau lah.” Pap! Bantal yang aku lemparkan tadi tepat mengena muka Si Avie Zulaikha. Haa, padan muka kau.

“Sedap je mulut kau menjawab ye.” Aku mencebikkan bibirku. Ada yang nak kena campak dalam Sungai Klang lepas ni. Tak pun, kolam renang dekat gim tu. Vie bingkas bangun lalu mengambil tempat disebelahku. Dia kemudian memeluk erat tubuhku.

Baby baby baby, janganlah marah macam ni. Susah hati I tau.” Aku meleraikan pelukannya. Tanganku laju menampar bahu Vie.

“Gedik ah kau.” Ketawa pecah.

“Haaa, kan comel ketawa macam tu.” Vie mencubi pipiku. Tanganku laju menepis jarinya. Sebelum pipi aku lunyai dek kena cubit dengan minah ni, baik aku tepis awal-awal.

“Tak naklah pandang aku macam tu. Okay, I’m really really really sorry. Serius, aku tak tau pulak D.O yang kau maksudkan tu mamat EXO. Iyelah, kau cakap kau simpan gambar D.O and then siap tulis dalam diari lagi Dear D.O bagai. Mati-mati aku ingatkan kau ada crush dekat Daniel Ikmal..”

Terbuntang luas mata aku mendengar penjelasan Vie. “You what?! Kau baca diari aku?!” Boom! Gunung berapi kedua meletus. Vie mengetap bibir. Perlahan-lahan, dia mula bangun dan bergerak ke arah pintu. Tangannya memegang tombol, bersedia untuk memulas.

“Tak, hari tu aku tak sengaja terbaca. Masa tu, kau tertidur sambil pegang pen. Maybe, baru lepas menulislah kot. Dah terbuka luas, aku baca lahhhhh. Sorry sangat-sangat. Okay bye!” Vie cepat-cepat keluar dari bilik dan menutup pintu sebelum bantal melayang tepat mengena wajahnya untuk kali yang kedua.


“HAI. Nak melepak dengan kau boleh?”

Aku mengangkat kepala daripada kertas soalan latih tubi topik First Aid & CPR kepada seraut wajah yang sedang menayangkan sengihnya kepadaku. Aku memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan. Kot-kot mamat ni tersalah orang dan tempat. Kepala kembali dihalakan ke hadapan.

Are you talking to me?” Oh, rasa macam sarkastik gila nada suara aku. Daniel tergelak kecil.

“Eh, tak. Aku cakap dengan buku-buku ni haaa. Buku-buku, boleh tak aku nak melepak dengan korang.” Eh mamat ni, nak bersarkastik jugak dia. Aku membalas kata-kata Daniel dengan satu jelingan maut. Aku kembali fokus kepada kertas soalan yang dari tadi lagi tak berjawab.

“Kau tengah buat apa tu?” Soalnya.

“Tengah buat kuih ni haaaa. Tak nampak?”

“Tak sangka. Buat kuih pun pakai kertas eh? Resepi baru ke?” Ketawa Daniel pecah. Dia mengambil helaian kertas yang aku pegang dengan selamba. “Hei!” Suara aku naik satu oktaf. Mamat ni memang takde kerja lain ke selain ganggu aku? Menjengkelkan betul. Huh.

“Oh. Senang je ni.” Senyum.

Dentistry punya program sama ke dengan pharmacy?” Aku buat muka pelik.

“Tak pun. Tapi, aku kan bijak lagi sana. Ahahahaha.” Daniel gelak sekali lagi. Adeh, menyampahnya aku dengan mamat ni. Ugh. Stop Daniel. Just go away. Leave me at peace.

Daniel menghulurkan kembali kertas tersebut kepadaku. “Eh, aku blah dulu ek. Lupa pulak hari ada date dengan awek nombor 15.” Daniel bingkas bangun. Aku hanya memandangnya. Haaa, elok jugak kau blah. Tenang sikit. Kalau tak, haru je memanjang. Menganggu keamanan sejagat je kau ni.

Next time, aku datang melepak pulak dengan kau. Kalau kau sudi jadi awek aku yang ke-16, sesi melepak tu kita upgrade kepada sesi ber-dating. Amacam, okay?”, kata Daniel sambil menggalas beg. Aku terus memandangnya.

“Blah, Dan.”

I’ll take that as a yes. Tomorrow. Orange Cafe. 9 malam tepat. Don’t be late, okay. Bye.” Daniel sempat mengenyitkan matanya sebelum menghilang dari pandangan. Tergamam aku mendengar kata-katanya.

Daniel Ikmal, you must be nuts.


YOU must be nuts too, Faten Syakira. Aku memandang pintu masuk Orange Cafe dari dalam kereta. Haish, kau dah hilang akal agaknya. Start kereta kau, Faa. Balik bilik, tidur. Baru je tangan aku nak pulas kunci kereta, tiba-tiba cermin keretaku diketuk. Pantas aku berpaling ke sebelah kanan. Daniel Ikmal dengan senyuman manisnya itu. Omagaddddddd.

“Tak nak keluar ke?” Daniel membuka pintu keretaku. Aku dah rasa gelisah yang teramat sangat dah ni. Kau dah melakukan satu kesilapan yang besar, Faa. Patutnya kau tak datang pun sini. Baik kau tutup pintu kereta tu sekarang dan blahhhh!

“Kau nak suruh aku tarik kau keluar atau kau nak keluar sendiri?” Daniel dah tarik muka. Mak aih mamat ni. Ugut bagai. Aku cepat-cepat keluar dari perut kereta. Daniel senyum semula. Tangannya menolak rapat pintu keretaku.

“Suka mendesak kau ni ye?”

My style.” Daniel tersenyum bangga. Aku mencebikkan bibirku. Huh, why oh why I have to meet this guy.


“AKU ada something untuk kau”, kata Daniel sambil menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah jambu kepadaku. Aku hanya memandang sepi kotak tersebut. Siap beriben bagai. Betul ke ni?

“Apa ni?” Jangan ambik, Faa. Mana tau kot-kot dia letak bom ke dalam tu. Naya kau, Faa. Okay, otak aku dah mula fikir benda luar alam. Aku memandang kotak tersebut dan Daniel bersilih ganti.

Just a small gift. Tanda perkenalan. Please, take it.” Aku menyambut huluran tersebut.

Can I open it?”

“Silakan.” Senyum.

Penutup kotak tersebut dibuka. Aku lihat, ada seutas bangle di dalamnya. Kepalaku diangkat lalu aku memandang Daniel. Dia tersenyum.

“Vie ada bagitahu aku yang kau suka kumpul bangle tali-tali macam ni haaaa. That’s why aku beli benda ni untuk kau. Sorry kalau tak menepati citarasa kau”, kata Daniel. Entah kenapa, tiba-tiba pulak rasa terharu. Haish, pandai jugak mamat ni ambik hati aku. Bibir mula menguntumkan senyuman.

Thanks Daniel.” Dengan ikhlas aku menuturkan kata-kata tersebut.

Thanks to you too sebab sudi keluar date dengan aku malam ni.” Daniel tarik sengih. Aku menjuihkan bibirku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh setuju nak keluar dengan kau malam ni, Dan. Sah, kepala aku dah masuk air.

“Tak sangka, minah Kpop rupa-rupanya kau ni”, ujar Daniel sebelum menyuapkan kek coklat ke dalam mulutnya. Aku tersenyum.

“Aku layan EXO je.”

What’s so special about them? Adik bongsu aku dekat rumah tu pun gila-gila minat dekat derang. Tak paham aku.”

“Kalau aku cerita dekat kau, sampai pagi esok pun tak habis tauuuuu.” Ceh tiba-tiba pulak rasa excited bila Daniel bukak cerita pasal EXO. Ahahahaha.

“Faaaaaaaa.”

Aku pandang Daniel. Asal pulak seru nama aku macam tu? Meremang bulu roma aku tau. Sebelah keningku terangkat. Guna bahasa isyarat dohhhhhhhh. Betapa malasnya aku nak buka mulut untuk bersuara.

“Aku nak kenal kau dengan lebih rapat boleh tak?” Daniel tersenyum manis. Tergamam aku mendengar kata-katanya. Apa kena dengan kau, Daniel Ikmal?

“Kenapa?”

“Entah.”

Aku tergelak kecil. “Apa punya alasan daaaaaaa. Tak konkrit okay.”

One more thing, Faa.”

“Apakah Dan?” Aku terus memandangnya. Air muka Daniel bertukar serius.

Stop calling me Dan. Just call me D.O.”


SEMENJAK dua menjak ni, makin kerap aku dengan Daniel lepak sekali. Aku sendiri tak tahu macam mana kitaorang boleh get-along. Memang kalau kitaorang jumpa, bersua empat mata, tak sah kalau tak bertekak, tak menyindir bagai. Tapi jujurlah aku cakap, aku selesa dengan dia.

Daniel ni seorang yang suka berterus terang. Dia jujur dengan orang lain dan jugak diri sendiri. Macam first time kitaorang melepak dekat Orange Cafe tu. Terus dan terang je dia cakap dia nak kenal aku dengan lebih dekat. Terkezut jugak aku masa tu. Okay, tak dinafikan masa tu bunga-bunga mula tumbuh dalam taman hati ni. Ceh, ayat memang tak boleh blah. Ahahahaha. Tapi masa tu, aku cuba untuk watlek watkul watpis. Ego aku tinggi sikit. Lagipun, aku susah nak buat kawan. Senang cerita, aku tak berapa nak friendly. Ihiks.

Tapi serius aku cakap, Daniel ni lain tau.

Kotak memori aku mula memainkan peristiwa di mana kali pertama Daniel menegur aku. Tiba-tiba tanya aku ada crush dekat dia ke. Gila ke apa. Tapi macam lawak pun ada jugak. Aku memang tak boleh lupa reaksi muka dia bila aku jelaskan hal yang sebenar dan bila aku tunjuk gambar D.O dekat dia. Mamat tu blushing kot. Ahahaha comel je. Macam budak-budak. Lepas tu, boleh pulak dia buat muka tak malu tanya boleh tak kitaorang jadi kawan. Haaaaa see, straight forward kot. Kalau dia cakap nakkan sesuatu tu, memang dia akan buat apa sahaja sampailah dia dapat. Dan itu yang membuatkan aku kagum dengan dia.

Aku mencapai bangle pemberian Daniel yang terletak cantik di dalam kotak yang berada di atas meja belajarku. Bangle tersebut aku perhatikan. Lama. Serentak dengan itu, kata-kata Daniel mula terngiang-ngiang di telingaku.

“Stop calling me Dan. Just call me D.O.”

Oh lawak gila statement dia. Tanpa aku sedari, bibir mula menguntumkan senyuman.

Pandai kau lembutkan hati aku, Dan.

Bangle diletakkan kembali ke dalam kotak. Senyum dibibir masih tidak pudar. Tangan kananku mengambil Buah Hati Pengarang Jantungku dari dalam laci lalu diletakkan di atas meja. Jari pantas membelek helaian kertas untuk mencari muka surat yang masih bersih tidak berconteng.

Mata pena mula bergerak laju dia atas kertas.

‘Dear D.O.....’


SYAHMI memandang Daniel yang sedang duduk tercongok di atas katil sambil memetik gitar. Air muka dia nampak sayu semacam. Dia ada perasan yang sejak dua tiga hari yang lepas, Daniel tak banyak cakap. Most of the time dia duk petik gitar kapok dia tu, layan jiwa sorang-sorang. Syahmi jadi pelik. Tak pernah-pernah dia tengok rakan sebilik dia jadi macam ni. Macam orang tengah angau. Syahmi berdehem beberapa kali.

“Weh..”

Senyap. Tiada jawapan.

“D.O.”

Senyap lagi. Syahmi dah mula hilang sabar. Aduh, kritikal dah nampak gaya ni.

“Daniel Ikmal!” Syahmi menumbuk bahu Daniel. Daniel mengaduh sakit lalu memandang Syahmi.

“Weh, asal dengan kau bro?!” Daniel buat muka tak puas hati.

“Aku yang patut tanya soalan tu dekat kau. Asal dengan kau? Dua tiga hari ni senyap kemain lagi. Dengan ekspresi muka sayu habis. Macam mati bini pulak. Asal weh? Tak nak story dekat aku ke?”

Daniel pandang Syahmi, lama. Kemudian, dia kembali memetik gitar kapoknya. Keluhan berat dilepaskan.

Being shot by a cupid, I see.” Syahmi sengih. Daniel angkat kepala. Dia mengerutkan dahinya. Apalah pulak Si Syahmi ni merapu.

“Maksud kau?”

“Kau tak payah soroklah weh. Nampak sangat kau tengah angau ni. So, who’s the unlucky girl?”

Unlucky? Huh. Malang sangat ke siapa yang jadi awek aku?” Muka Daniel berubah tegang. Syahmi terdiam. Alamak, sentaplah pulak mamat ni. Sensitipnya.

“Aku gurau je. Lek ah. Heeee.” Syahmi tarik sengih. Hatinya mula berbicara. Memang sah. Kawan aku yang sorang ni tengah angau. Begini rupanya bila player bertukar jadi pencinta sejati. Senyap sunyi sepi je. Duduk dalam dunia sendiri. Aku rasa kalau dunia ni terbalik sekalipun, mamat ni tak perasan.

Biar je lah. Kalau dia nak cerita, dia cerita. Malas nak paksa-paksa.

Syahmi kembali bergerak ke meja untuk menyambung kembali tugasannya. Aci je dia nak melabuhkan punggung di atas kerusi, tiba-tiba Daniel bersuara.

“Syah.. I think, I’ve found my other half....


“FAAAAAAA.” Vie mengambil tempat disebelahku. Tangannya pantas mengambil gelas yang berisi milo ais dihadapanku lalu disuakan ke mulutnya. Aku pandang Vie tiga saat. Selamba badak je minah ni minum air aku kan. Nasib baiklah kawan baik sehidup semati aku. Kalau orang lain buat macam ni, mau kena libasan maut khas daripada aku. Ahahaha okay over.

“What is it?” Tanganku laju menyusun kertas-kertas assignment yang perlu diserahkan kepada Prof. Fahmi petang ni jugak. Fokus Faa fokus.

Uihhhh, seriusnya dia.”

“Aku nak kena hantar semua ni petang ni jugak, Vie. Maaflah, tak dapat nak layan kau.” Aku pandang Si Vie. Dia senyum.

“Ahahaha. Lek ah. Aku singgah kejap je ni. Nak bagitau kau yang D.O nak jumpa kau petang nanti. Dekat Taman Tasik Titiwangsa.”

Sebelah keningku terangkat. “Uih, jauhnya dia nak jumpa aku. Lagipun, aku kena pergi jumpa Prof. Fahmi petang ni, Vie. Cakap dekat dia jumpa esok je tak boleh?”

“Sekarang baru pukul satu Faa oii. Dia cakap dalam pukul 5 lebih kau pergilah. Sempatkan?” Vie senyum mengharap. Aku pandang je dia. Adehhh.

“Jangan hampakan dia tau. Dia cakap dekat aku, ada hal penting yang dia nak bagitau kau.”

“Apakah?”

“Entah. Nak propose kau mungkin. Ahahahaha.”

Pap! Satu tamparan singgah di belakang Avie. Dia mula mengaduh sakit. Aku buat muka tak bersalah. Haaa, bergurau lagi macam tu.

“Ingat tu, pergi jumpa dia. Aku gerak dulu ye. Jumpa dekat bilik. Byeeeee”, kata Vie sambil menepuk lembut bahuku sebelum berlalu pergi.

Aku angkat kepalaku. Melihat jasad Vie yang mula menghilang daripada pandangan. Hatiku mula tertanya-tanya. Hal penting? Apakah Daniel Ikmal? Misteri semacam je bunyinya. Tolong jangan buat aku tertanya-tanya.


MATAKU meliar melihat kawasan disekelilingku. Suasana di Taman Tasik Titiwangsa pada waktu ini agak tenang dan damai. Angin berpuput lembut je. Best oh lepak-lepak dekat sini. Aku cuba untuk mencari Daniel. Takde nampak batang hidung mamat tu pun. Kalau tak jumpa, aku nak balik.

“Sayang.” Tiba-tiba aku dengar suara Daniel berbisik di tepi telingaku. Aku pantas berpaling ke sebelah kananku. Daniel macam biasa, duk tersengih-sengih. Dia menghulurkan sejambak bunga lily kepadaku. Dahiku mula berkerut seribu.

“Bunga?”

“Ha’ah. Tak suka?” Daniel tarik muka. Aku pantas menggelengkan kepalaku.

“Tak tak. Suka. Tapi, asal pulak tiba-tiba bagi aku bunga ni? Tak pernah-pernah pun.”

Daniel senyum. “Kita kan keluar date ni. Biasalah pakwe bagi bunga dekat awek dia. Sweet tak?” Aku mencebikkan bibirku.

“Banyaklah kau punya awek.”

“Memang banyak pun. 16 orang semuanya. Tapi dalam ramai-ramai, kau yang paling aku sayang. Heeee.”  Dia dah mula dahhhhhh. Aku senyap je. Malas nak melayan si Daniel ni. Semakin dilayan, semakin merapulah jawabnya.

“Jom kita pergi sana. Aku dah set-up tempat makan baik punya untuk kau.”

“Kau bina restoren ke untuk aku?”

Over kau. Aku hampar tikar je. Picnic sudahhhhh.” Aku tergelak kecil. Ahaha, aku suka menyakat mamat ni. Okay, tu hobi baru aku. Kami berjalan beriringan ke tempat yang telah disediakan oleh Daniel. Aku lihat, sebidang tikar telah dihamparkan di bawah pokok yang rendang betul-betul di tepi tasik. Cun jugak tempat yang dia pilih. Terbaik ah, Dan.

“Silakan.” Daniel mempelawaku untuk duduk. Aku senyum lalu mengambil tempat menghadap dengan tasik.

Entah kenapa, rasa macam romantik gila suasana sekarang. Dengan berkelah tepi tasiknya, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasanya. Aku mencuri pandang Daniel yang tengah sibuk mengeluarkan makanan yang telah dipack dalam bekas dari dalam bakul dan diletakkan di tengah-tengah tikar. Dan entah kenapa, bila aku pandang Daniel, bila aku tengok dia senyum, aku rasa tenang. Pandangan mata kami bertembung.  Dengan tak semena-mena, jantungku mula berdegup laju. Aku telan liur. Dengan pantas aku melarikan anak mataku lalu memandang tasik di hadapan. Cool Faa, cool.


“Siapa yang masak semua ni?”, tanyaku. Daniel senyum.

“Kedai mali maaaa. Sorry.”

Aku mengangguk perlahan. Kemudian, aku senyum. “Chill. Aku tak kesah pun.”

Lama kami mendiamkan diri. Masing-masing fokus pada makanan yang berada di depan mata. Kalau jumpa makanan memang mulut yang sedia pot-pet-pot-pet pun boleh jadi senyap terus.

Siap je makan, aku memulakan bicara, mula memecahkan kesunyian antara kami. “Hmm, kerap kau ajak aku keluar. Awek-awek kau yang lain tak jealous ke?” Sejujurnya, soalan ni dah lama sebenarnya aku nak tanya. Tapi, entah kenapa aci je nak tanya tiba-tiba rasa macam—tak perlulah. Haaa, hari ni baru terlunas hajat aku.

“Kau takut ke kalau-kalau kau kena serang dengan derang tu?” Soalan dibalas dengan soalan. Aku terdiam. Takutkah aku?

“Aku tak serius pun dengan derang semua.So, tak patutlah kalau derang nak jealous.” Daniel tertawa kecil. Aku tergamam seketika. Senangkan hidup jadi lelaki ni. Suka hati dia je nak mainkan perasaan perempuan. Ini tak boleh jadi ni.

“Kau memang tak serius. Tapi, derang semua tu. Kau tak pernah terpikir ke hati dan perasaan derang, hah?” Aku dah naik angin ni. Daniel berhenti ketawa. Dia kemudian menumpukan sepenuh perhatiannya kepadaku.

“Aku memang tak pernah serius dengan derang tapi tak bermakna aku tak boleh serius. Basiclah lelaki. But, when it comes to the one whom they love so much, men can be very very serious. Tahap keseriusan lelaki ni boleh mengalahkan perempuan tau. Yang tu, kau kena tahu.”

Aku terdiam mendengar kata-kata Daniel. Rasa macam gatal je mulut ni nak tanya dia, dengan siapa dia serius? Tapi, cepat-cepat aku batalkan niat dalam hati ni. Kau tak payah nak sibuk, Faa. Takde kaitan pun dengan kau.

“Faa, ingat tak yang dulu aku pernah tanya kau, asal kau minat sangat dengan EXO.”

“Hmm. Ingat.”

“Tapi, kau tak habis story kan?”

“Ha’ah.”

Okay, continue with your story.”

Baru je aku nak bukak mulut, Daniel menyambung kembali percakapannya. “Eh jap. Kalau nak cerita semua benda mengenai EXO, nampak gayanya kena bermalam sinilah. Bak kata kau. Kita kecilkan skop kita. Hmm, what do you love so much about D.O.”

D.O? Dengan serta-merta aku tersenyum. Dengar nama dia pun boleh senyum lebar macam ni? Sah, kau dah gila Faten Syakira.

“Dia nampak perfect di mata aku.”

Daniel mengerutkan dahinya. “Perfect? Macam tak je.”

Eh mamat ni. Spoil mood betullah. “Kau tanya sangat kan? Aku jawablah.”

Okay. Sorry. Proceed.”

Aku menghela nafas dalam-dalam. Hembus. “He sings well. Equally handsome and cute. Can cook. Apa lagi ek. Haaa, bila aku tengok dia, automatically aku rasa happy. Rasa bahagia je. Ahahaha gila tak aku?” Daniel diam. Dia kemudian memandangku.

“Bila kau tengok aku, kau rasa macam tu tak?”

Kali ini, aku pulak yang terdiam. Eh? “Maksud kau?”

“Bila kau tengok aku, bila kau bersama aku, kau rasa happy tak macam kau tengok D.O?”

Aku tak tau nak jawab apa. Tiba-tiba jadi blank.

“Asal kau tanya macam tu? Asal kau serius sangat ni?”

Daniel melepaskan keluhan. Raut wajahnya kali ini memang aku tak boleh nak tafsir. Macam ada sesuatu yang dia nak bagitau aku tapi tak terluah. Aku melemparkan pandangan pada sekumpulan angsa yang sedang berenang di tengah-tengah tasik. Cuba untuk menenangkan jiwa yang tiba-tiba bergelora ni. Adeh.

I have a confession to make.” Sepotong ayat yang keluar daripada mulut Daniel benar-benar membuatkan aku tersentak. Sepantas kilat, aku berpaling ke arah Daniel. Debaran jantungku kian rancak.

Firstly, terima kasih kerana sudi jadi kawan aku. Terima kasih kerana sudi keluar lepak dengan aku this past few weeks. Terima kasih kerana kau sabar layan kerenah aku yang aku tau agak menjengkelkan dan kadang-kadang agak childish. Terima kasih.” Senyum.

Ketawa pecah. Kau Dan, kasi aku saspen je. Ingatkan nak confess apalah. “No hal lah. Terima kasih jugak dekat kau sebab tak pernah sekalipun naik angin atau marah-marah dekat aku bila aku selalu je sakat kau, bash kau tak tentu pasal. Sorrylah sebab aku layan kau dengan kasar. Aku memang macam ni pun sebenarnya. Nampak je macam ayu, tapi brutal. Ahaha.” Tiba-tiba pulak ada slot ‘penghargaan’ hari ni. Haiiiiii.

“Heeee. Hmm, tak habis lagi ucapan aku ni”, kata Daniel.

“Laaaa, ingatkan dah tamat dah.”

“Masih jauh lagi perjalanan kita. Sabar.”
Okay. Go on.”

Daniel tarik nafas dalam-dalam. Aku tersenyum. Ceh, ambik feel lettew. Lawak ah mamat ni. Apalah yang dia nak bagitau aku.

Second, bila aku lepak-lepak dengan kau, jalan sekali dengan kau, aku rasa something yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Satu perasaan yang tak pernah hadir bila aku bersama dengan awek-awek aku. Aku rasa happy dengan kau. Bila aku tak jumpa kau walaupun untuk satu hari je, aku rasa macam hilang arah. Akuuuu..”

Whoa whoa whoa. Kejap. Asal bunyi macam hiperbola sangat ayat kau tu, hah? Kau okay tak ni?”

Listen to me first. Jangan potong bila aku bercakap.” Wajah Daniel bertukar serius. Aku telan liur. Mak aihhhh, rasa seram semacam lah pulak bila Daniel serius macam ni. Baik kau diam je, Faa.

“Okay. Aku tau apa yang aku akan cakap ni kedengaran agak tidak masuk akal bagi kau but..”

But what? Sambung je terus ayat kau tu, Dan. Jangan buat aku saspen macam ni. Eh, tak payah cakaplah. Aku tak nak dengar. Tak nak! Mau je aku bangun dan larikan diri balik bilik.  Maaaaaaaaa, tolong Faa!

“Aku dah start sayang kau, Faa. More than a friend.”

Terbuntang luas mataku tatkala dua ayat tersebut memasuki corong telingaku. Rasa macam nak tercabut je jantung ni. Lidah jadi kelu, bibir jadi bisu. Aku tak tahu nak respon macam mana.

Third. Aku mungkin seorang player di mata kau, Faa. Tapi percayalah, aku serius dengan kau. Aku serius dengan kata-kata aku tadi. Aku tahu, tak sampai sebulan kita kenal, kita rapat, tapi aku rasa macam dah bertahun kawan dengan kau. Aku selesa berada di samping kau. And seriously, aku tak nak kehilangan kau.”

Seriously, I’m lost for words!

Fourth. Sudi tak terima aku sebagai D.O kau?”

“Dan, akuu...”

“Aku tak paksa kau untuk terima aku sekarang. Aku cuma nak kau tau apa yang aku rasa. Aku takut kalau-kalau aku tahan perasaan aku ni then bila aku nak bagitau kau, semuanya dah terlambat. Walaupun kau tak terima aku, at least takde rasa menyesal tak bagitau kau tu dalam diri aku”, terangnya. Aku diam. Jauh dari sudut hati aku, aku dapat rasakan keikhlasan dalam setiap patah perkataan yang dia tuturkan. Tapi sungguh, aku tak tahu nak respon macam mana. Macam drastik sangat!

Look, Dan. Aku hargai sangat-sangat segala rasa yang kau luahkan tu. Sungguh, aku hargai sangat-sangat tempoh persahabatan kita yang singkat ni. Aku hargai sangat-sangat apa yang kau dah buat untuk aku selama ni. Tapi Dan... Aku tak ready lagi untuk semua ni. Aku tak pernah terfikir pun untuk extend relationship kita ni sampai ke tahap yang lebih serius. Tipu kalau aku cakap, aku tak pernah tersentuh dengan apa yang buat dekat aku. Tipu kalau aku cakap aku tak sayang kau. Tapi, rasa sayang yang ada tu hanya atas dasar sayang kepada seorang kawan.  So for the time being, let us just be friends.”

Air muka Daniel berubah. Keluhan berat dilepaskan. Dia kemudian memandangku. Bibirnya dipaksa untuk senyum. “Aku faham, Faa. Kalau aku jadi kau pun, aku akan rasa tak bersedia lagi. Lagipun, kita tengah belajar lagi kan sekarang. Aku faham. Tapi, tolong pertimbangkan balik apa yang aku cakapkan sebentar tadi. I’ll give you time to think. Berapa lama kau nak? Setahun? Dua tahun? Selama mana kau nak, selama itu lah aku akan tunggu. But please, jangan hampakan aku.” Ada nada merayu di situ ye ye. Aku jadi pening. Sekali bunyi macam dia okay je kalau aku reject dia. Dua kali bunyi macam mengharap pulak. Adoiii.

Give me some time, okay? Tapi aku minta sangat dengan kau, kau jangan mengharap ye? Aku tak janji akuuuu...”

Okay kay. I will. Thank you so much for considering my favour, Faa.” Sekali lagi, Daniel paksa dirinya untuk tersenyum. Aku tak tahu aku perlu senyum atau apa sekarang. Yang pasti, aku mula rasa ada beban yang tersangkut dekat bahu aku ni.

Ya Allah, kau berikanlah petunjuk kepadaku.


Two and a half years later....

TANGANKU pantas menyusun fail-fail yang berselerak di atas mejaku. Satu badan dah mula rasa penat ni. Aku melihat jam yang berada dipergelangan tanganku. 8.15 malam. Lagi 15 minit shift aku tamat. Wohooo!

Alhamdulillah, lepas je grad, aku diterima masuk bekerja di Hospital Putrajaya sebagai pakar farmasi. Dah ambik kos pharmacy, takkan lepas grad jadi engineer pulakkan. Oh sempat lagi kau bersarkastik, Faa. Teringin jugak nak buka farmasi sendiri, tapi nanti-nantilah dulu. Kasi job aku ni stabil dulu. Kumpul duit banyak-banyak. Bila dah kaya nanti, bolehlah nak buka farmasi satu.

Si Avie pun kerja dekat sini jugak. Tapi, kerja dalam wad lah. Doktor lah katakan. Memang betullah kitaorang ni kawan baik sehidup semati. Dulu, satu bilik, satu universiti. Sekarang, share tempat kerja. Jangan nanti kahwin share hubby sudahhhhh.

Selesai menyusun fail, tanganku mula mencapai beg tanganku. Tangan di masukkan ke dalam beg untuk mencari iPhoneku. Lain yang aku cari, lain pulak yang aku jumpa. Aku melihat bangle tali yang berada dalam genggaman tangan kananku. Pantas fikiranku jauh melayang mengenangkan insan yang bernama Daniel Ikmal.

Tiba-tiba hatiku mula rasa sayu. Lepas je dia buat confession dekat tasik tu, kami terus lost contact. Phone call takde. Text message takde. E-mail takde. Chat takde. Takde. None. Ajak melepak sekali memang jauhlahkan. Bila dia menyepikan diri macam tu, aku jadi takut untuk contact dia. Nak tanya Si Avie, rasa segan. Last-last, aku pendamkan aje hajat dihati ni.

Tipu kalau aku cakap aku tak rasa kehilangan. Dalam masa dua tahun lebih ni, memang membuak-buak rasa rindu aku dekat dia. Dan aku rasa, aku dah dapat petunjuk daripada doa-doa aku selama ni. Ahh, asal bunyi macam jiwang semacam je ayat kau, Faa. This is sooooo not like you. Tapi, inilah hakikatnya.

Sungguh, aku rindukan dia.

Excuse me. Cik Faten, boleh saya masuk?”

Aku tersentak dari lamunan apabila terdengar ketukan pada pintu bilikku. Aku pantas menjawab panggilan orang di luar. Pintu terbuka luas. Avie Zulaikha yang sedang menayangkan sengih memenuhi pandangan. Cet, aku ingatkan siapalah.

“Jauh kau mengelamun. Teringatkan siapa, hah? Mesti teringatkan D.O niiiii.” Vie dah mula masuk gear sakat keji dah. Aku mencebikkan bibirku.

“Eh, shift kau dah tamat kan?” Vie tukar topik.

“Ha’ah. Kau pun kan?”

Yup. Jom, temankan aku dinner. Boringlah asyik-asyik makan nasi bungkus je dekat rumah. Dah lah sorang-sorang. Kau takpelah boleh dinner dengan family.”

“Tu lah aku cakap suruh kahwin cepat-cepat. Takdelah sunyi sangat bila balik rumah tu. Ada peneman. Tapi, kau tak nak.”

“Cakap macam dah kahwin je kau ni. Tak sampai jodoh lagi weh. Kau ingat, cari calon suami macam cari ikan dekat pasar ke? Aku nak tunggu prince charming datang melamar aku. Kau hadooooo?’’

Ketawa pecah. Aduh, senget betul kawan aku yang sorang ni. Aku menganggukkan kepalaku tanda mengiyakan apa yang dikata olehnya. Suka hati kau lah, Vie. Aku malas nak menjawab. Penat ohhhhhh. Aku bingkas bangun lalu berjalan beriringan bersama Vie keluar dari bangunan hospital menuju ke tempat parkir kereta.

Sampai sahaja di keretaku, aku lihat aku satu kad kecil yang diselitkan pada wiper keretaku. Kad tersebut diambil lalu dibaca.

‘How are you these days? Anything special?
Only those typical words pass through my head
Actually, my heart is deep, deeper than the sea
The words that I really want to say is be with me’

Serta-merta, dahiku mula berkedut seribu. Aku rasa macam kenal je ayat ni. Asal rasa macam familiar semacam, hah? Bukan ke translation lirik lagu ni? Aku mula berpaling ke sebelah kiri dan kanan. Kot-kot, ternampak kelibat insan yang meletakkan kad ini pada keretaku.
Vie bergerak dari keretanya ke arahku. Dia berdiri betul-betul disebelahku. “Asal, Faa? Kenapa kau tak masuk lagi dalam kereta? Is there anything wrong?” Aku menghulurkan kad tersebut kepada Vie.

“Aku jumpa ni.”

Senyum lebar mula menghiasi wajah Vie. “Awwwww, so sweet.”

Dengan pantas, aku berpaling ke arah Vie. “Kau tahu ke siapa yang tulis?”

Senyuman Vie semakin lebar. “See it for yourself.” Vie memuncungkan mulutnya tanda menyuruh aku untuk pandang ke hadapan. Dengan lurus dan bendul, aku menurut arahannya. Jantungku seakan berhenti berdegup tatkala wajah insan yang aku rindui selama ini menghiasi pandanganku.

“Assalamualaikum.” Sapanya. Senyum.

“Wa.. Waalaikummussalam.” Tergagap-gagap kau nak menjawabnya. Vie dekat sebelah aku ni dah bantai gelak dah. Bertuah punya kawan. Mau je aku backhand minah ni. Huh.

I think, I better leave you guys alone. Aku tak nak menganggu.”

Stay here!” Aku cepat-cepat memegang lengan Vie sebelum dia sempat melarikan diri. Tak kesahlah dia nak gelakkan aku ke apa ke, asal jangan tinggalkan aku sorang diri dengan Daniel.

“Takpe ke, D.O?” Vie mengajukan soalan tersebut kepada sepupunya. Daniel senyum.

Just stay.”

Vie tersenyum apabila mendengar kata-kata Daniel. Aku pulak, tak tau nak senyum ke tak. Terkejut seh tiba-tiba bersua empat mata dengan mamat ni setelah dua tahun lebih lost contact. Tapi yang pasti, hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berjumpa dengan dia.

“Faa sihat?” Tutur katanya menyapa lembut telingaku. Tiba-tiba pulak rasa sejuk je hati ni. Acececece.

“Alhamdulillah, sihat. Kau?” Baru sekarang rasa macam ada kekuatan untuk senyum.

“Alhamdulillah. Macam ni lah.”

Aduhhh, asal lembut sangat suara dia ni? Dan entah kenapa, aku dapat rasakan ada aura yang berbeza pada diri Daniel. Wajah dia nampak suci, nampak bersih je. Ada sesuatu yang lain pada Daniel.

Where have you been? For this past 2 years.” Aku beranikan diri untuk bertanyakan soalan itu kepadanya.

“Aku ada je dekat sini. Tak menghilang ke mana pun. Just giving you some spaces and times. And also, finding the new me. Trying my best to change for our sake.” Ayat terakhir Daniel benar-benar membuatkan aku tersentuh. For our sake. Tanpa aku sedari, air jernih mula jatuh menuruni pipiku.

“Aku rindu kau.” Tiba-tiba je ayat tu terpacul keluar dari mulut aku. Vie memeluk erat bahuku lalu digosok-gosoknya. Daniel aku lihat mula jadi serba-salah.

“Hanya Allah je yang tahu betapa aku rindukan kau, Faa. Tapi, aku cuba jugak untuk tidak hubungi kau. Aku nak bagi ruang dekat kau untuk berfikir. Aku tak nak desak kau. Dalam tempoh 2 tahun ni, aku cuba untuk berubah. Cuba untuk buang perangai lama aku tu. Cuba untuk setia dengan perasaan aku. Cuba untuk dekatkan diri dengan-Nya. Sebab apa tau? Sebab aku yakin, kau jodoh aku.”

Makin laju air mata aku turun tatkala Daniel mengucapkan kata-kata tersebut. Sumpah, aku sebak. Aku terharu.

“Dia yang izinkan rasa ni hadir dalam jiwa aku. Aku berubah demi kebaikan kita. Aku nak jadi zauj yang terbaik untuk kau. Dia dah tunjukkan jalan kepada aku. Dia tunjukkan engkau dekat aku, Faa.”

Kata-kata Daniel mati disitu. Senduku masih berbaki. Dia memandangku. Lama. Daniel menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan.

“Oleh kerana itu, aku sayangkan kau kerana Dia.” Senyum.

Ya Allah, dia dah berubah. Jauh lebih baik daripada sebelum ni. Jauh lebih baik daripada yang aku sangkakan. Berulang-ulang kali aku mengucapkan syukur dalam hati. Aku mula bersuara, “Aku dah mohon petunjuk dari Dia.”

“Then?” Wajah Daniel mula bercahaya.

“Alhamdulillah. The one that I’ve been seeing in my dreams has finally standing right in front of me.

Daniel memejamkan matanya. Bibirnya tak henti-henti memanjatkan syukur. Vie yang berada disebelahku turut mengucapkan ‘alhamdulillah’. Aku tersenyum. Ya Allah, terima kasih kerana telah memberikanku petunjuk, kerana telah menjawab semua doaku selama ini. Syukur alhamdulillah.

“So, sudi tak kau terima aku sebagai teman sehidup semati kau? Sudi tak terima aku sebagai D.O kau?”

Pertanyaan Daniel yang kedua itu membuatkan aku tergelak. Ayat tu. Tak sangka, aku akan dengar balik 7 patah perkataan tu selepas dua tahun lamanya.

“Dia yang memberikan petunjuk kepadaku. Dia yang izinkan semua ni berlaku. Oleh itu, aku terima kau sebagai jodohku kerana Dia.” Finally, dapat jugak aku luahkan perkara yang selama ini aku pendam jauh dalam dasar hati aku.

Yes! Doa aku dimakbulkan! You guys are getting married!”, jerit Vie. Aku memandangnya. Mak aihhh, dia pulak yang terlobeh excited. Nasiblah takde orang yang lalu lalang dekat kawasan parkir ni. Kalau tak, bikin malu je.

Aku kembali menghala pandangan ke arah Daniel. Kami bertukar pandangan dan senyuman. Bibir Daniel bergerak tanpa mengeluarkan suara. Thank you. Itu yang dapat aku baca. Aku senyum lagi. Thanks to you, Dan. And praise to Allah, sebab mengizinkan semua ini berlaku.

I’ve finally found my other half. I’ve finally found my D.O..

Syukur.


-THE END-



P/s: I was bored so I write this story. Takde kerja cuti2 ni kan. Ahahaha. Hmm, and this is not a fan-fic. I do insert some Kpop thingy but not that much. Alahhhhh, EXO je pun. Aku minat derang. Tak salahkan? Heee. Terima kasih krn sudi melepak di ruang yg usang ni. Cecece. Do enjoy. Pisyo ^^